>Epifani dalam si beruang tedi

Posted on Januari 16, 2010

1


>Di elarti, dalam ramai, dia jumpa epifani. Kecil saja, tapi dia mensyukurinya kerana ia datang waktu awan di dalam hidupnya selalu mendung. Epifani itu berwarna merah jambu, berupa seperti beruang tedi dengan bunga di telinga dan reben berwarna pelangi di leher.

Dia jumpa epifani itu waktu matanya sedang menjelajah dari satu iklan (KFC sedap!) ke satu iklan yang lain (Digi Palat!)

Perlahan-lahan, berhimpit-himpit, dan tanpa sengaja teraba-raba lelaki buta kacak yang sedang menggaru telinga, dia menghampiri epifani itu dan memetiknya dari tempat ia tergantung. Disimpannya epifani itu kemas-kemas, dan dia berpura seperti orang lain dalam Elarti itu, bahwa hari masih mendung, dan hujan selalu turun.

Sesampainya di rumah, dia segera mengeluarkan epifani itu.

Dia nyalakan lilin, memasang lagu ‘Hujan Bunga di Kuala Lumpur’ berulang-ulang dan menutup mata, dalam hati menyeru epifani itu untuk datang dan merasuknya.

5 minit kemudian dia masih di situ. Satu-satunya ilham yang dia dapat adalah ‘Hidup ini palat, kemudian kamu mati.’

Tapi itu tak perlukan epifani, dia fikir. Itu hidup hari-hari aku.

5 minit berlalu lagi, kali ini dia dapat rasakan yang ‘dunia ini tak adil’. Ah, sudah. Anai-anai kesangsian mula menggerit ulu hatinya. Apakah yang dia temui benar-benar epifani atau sekadar beruang tedi yang dibuang orang?

Posted in: Uncategorized