>Layang-layang yang mendakwa diri pari-pari (sebuah fabula untuk kanak-kanak sempit eh rempit)

Posted on Januari 18, 2010

5


>Di palang itu, layang-layang bernama Akhil. Dia antara 12 yang dipamerkan. Di tepi jalan saja, dekat simpang ke UITM Puncak Perdana.

Lalu sebuah keluarga lalu. Berhenti kerana anaknya yang paling kecil, Tengku Elias Bin Ahmad Danial, menangis merengek mahukan layang-layang. Lebih tepat lagi, Elias mahukan AKhil.

Wang bertukar tangan, dan Akhil pun memulakan kembara dengan tuan barunya Elias. Dipegang kemas, Akhil rasa sayu kerana terpaksa meninggalkan kawan-kawannya.

Petang itu, Akhil di bawa ke padang. Terbang, Akhil, terbang, kata Elias. Tapi entah kenapa, berat sungguh hati Akhil untuk terbang. Lalu dia berbisik pada Elias, tuan, sebenarnya saya pari-pari. Saya bukan layang-layang, tapi pari-pari. Saya boleh tunaikan hajat tuan. Minta apa saja tuan, dan saya akan tunaikan.

Saya mahu ais krim, kata Elias.

Belilah di McDonald’s kata Akhil.

Saya mahu basikal yang boleh terbang, kata Elias.

Bahaya, kata Akhil.

Saya mahu sekolah saya terbakar dan cikgu-cikgu saya semua mati supaya saya tak perlu ke sekolah lagi.

Baiklah, kata Akhil.

Malam itu Elias tidur dengan senyum simpul. Jadual dalam mindanya sudah siap: Bangun lambat. Brekfas Kokokrunch, kemudian main di depan balai polis. Bila penat pegi Toys r Us. Kemudian main PS3. Tengahari makan McDonald’s.

Keesokan harinya, setelah pulang dari sekolah dengan esakan, Elias meluru ke biliknya, mengambil Akhil, dan mencarik-carikkannya dengan gunting pemotong pokok. Kemudian dia masukkan sisa-sisa AKhil ke dalam tandas dan mengepamnya.

Hari itu rumah Ahmad Danial terpaksa dikosongkan kerana dibanjiri air kumbahan tandas.

Posted in: Uncategorized