>Aku Bukan Rahsia yang kau Simpan.

Posted on Januari 19, 2010

4


>Datuk Rahman merenung ke langit. Panas. Tapi apakah neraka panas lagi? Datuk Rahman masuk kembali ke dalam keretanya. Mira tersenyum, atau cuba tersenyum. Gagal, dia menayangkan pehanya. Tapi Datuk Rahman tak peduli. Ada masalah eksistensial yang memberatkan kepalanya. Sayang, kata Mira, apa yang sayang fikirkan. Mira menggunakan suaranya yang paling manja. Yang kalau boleh dikonsepsualkan seperti seekor haiwan, pasti menjelma seperti Penguin yang jalan terkedek-kedek anak beriringan dengan seekor anak kucing. Ya, secomel itu.

Sayang, kata Datuk Rahman, dalam kepala ai ini masalah berat. Berat hingga ini pun tak boleh meleraikannya? Mira membuka butang paling atas bajunya. Ya, kata Datuk Rahman sembari mengambil sehelai kertas dan membikin origami kapal terbang. Mira mencebik. Dia tak pernah suka persoalan falsafah. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan prop.

Datuk Rahman membuka tingkap, angin panas menerjah masuk. Tengok ni, kata, Datuk Rahman. Dia membaling kapal terbang kertas itu keluar. Ia terbang dalam satu arca ke atas, membikin satu putaran dan jatuh ke bumi. Kemudian dia menutup tingkap. Dunia luar hilang. Panas beransur hilang. Katakanlah kapal terbang kertas itu adalah X, dan X mewakili….(malas eh nak sambung)

Posted in: Uncategorized