>Perempuan yang Mahu Hidup Di Bawah Payung

Posted on Februari 8, 2010

4


>Di balkoni petang itu, buat kali ke berapa entah, dia pandang ke langit. Di tingkat sebelas, sebelah tangan memegang cawan kopi yang baru saja dikisar, bau kopi bercampur baur dengan aroma petang – seks sumbang di atas sofa, rumput yang mati dilenyek tayar kereta, dan budak-budak membunuh belalang: dosa-dosa yang besar, kecil serta sederhana.

Langit yang terang, katanya, membosankan, mematikan misteri. Dan katanya dia mahu hujan turun, selebat-lebatnya supaya dia boleh hidup di bawah payung dan memandang ke kabur rintikan laju, dan membayangkan satu langsir gergasi, yang memisahkan dunia ini dengan dimensi yang satu lagi.

Mungkin di sebelah sana, kita akan nampak musytari, atau bidadari, katanya lagi, sambil menghirup kopi perlahan-lahan.

Posted in: Uncategorized