>Obses

Posted on Februari 17, 2010

3


>Antara ingat atau tidak kata-kata Wittgenstein tentang bersuara dan menutup mulut, dia mengopek peti surat apartmen Z. Ini bukan obsesi, fikirnya, ini cinta.

Menoleh kiri kanan (dan kiri sekali lagi, ah, celaka habit ni!), tangannya menerjah pasir jerlus peti surat Z, menggenggam surat-surat di dalamnya – ini bil, ini penyata bank, dan ini, dan ini apa? – dan sepantas itu juga dia berlari ke keretanya.

Ini cinta, fikirnya, bukan obsesi, sambil dia cuba menenangkan taufan di dada.

Hawa dingin, seperti anak panah zeno yang perlu melintasi inifiniti garis garis, tak sampai dan buat dia rimas.lemas. tangannya kini hanya kuku saja, mencakar-cakar surat yang diambil, yang utamanya yang ITU.

Antara mahu dan tidak, dia membaca.

Posted in: Uncategorized