>Menyanyi untuk yang Patah Hati dan Terdesak

Posted on Mac 28, 2010

3


>

Gambar Hiasan Semata-mata (Mereka bukan kucing dan mereka masih hidup. Tapi yang kanan baju biru tu comel macam kucing paling comel)

Ada bangkai kucing di luar. Depan pintu. Kucing tu mati di dalam hujan. Mengiau pada nasibnya, berbaring di atas sejuk lantai, lalu mati. Selepas hujan, aku keluar. Aku cari cangkul. Tapi cangkul tak ada. Aku ketuk pintu jiran. Jiran tak ada. Aku pandang langit. Hitam, mendung lagi. Bangkai kucing masih di pintu.

Aku masuk dalam rumah, dan tutup pintu kemas-kemas. Aku pasang lagu kuat-kuat. Penyanyi lagu tu kata, ‘Kami menari untuk mereka yang patah hati dan terdesak.”

Mungkin dua rumah dari sini, gadis emo yang selalu berpakaian hitam tu, sedang mengelar pergelangan tangannya. Mungkin tab airnya sudah penuh, dan dia melangkah masuk, cuba menahan diri dari bertanya kenapa. Mungkin dia rendamkan dirinya di dalam tab itu, dan darahnya mula mencemar jernih air.

Di depan pintu ada bangkai kucing. Di rumah aku tak ada cangkul.

Posted in: Uncategorized