>Ini Bukan Rasa Syurga (draft ver 0.1)

Posted on Januari 14, 2011

3


>Aku cuba lupakan dia. Aku cuba. Tapi rasa ini; macamana untuk aku lupakan? Bayangkan, seperti wujud satu lohong gelap dalam diri.Yang menyerap segalanya. Menjadikan teras diri sifar. Dan bayangkan ini berlaku untuk tiap nafas.

Jadi. Aku cuba lupakan dia. Aku cuba.

Lalu aku telefon Saiful. Aku kata, bagi nombor tu pada aku. Nombor katanya. Nombor tu. Nombor pelacur Rusia tu. Escort katanya Whatever, aku kata.

Lalu dia sms nombor tu.

Aku telefon. Dan kata suara yang menjawab, RM1000 semalam.

Aku setuju.

Lalu dia beri aku nama sebuah laman web. Daftar, dan pindahkan duit, katanya. Kemudian aku akan dapat kata laluan. Kemudian aku boleh pilih.

Aku ke laman web tu. Dan aku pilih seorang. Berambut panjang. Rambutnya hitam. Namanya Larissa. Larissa J.

Tepat jam 10, ada ketukan di pintu aku. Aku buka pintu. Larissa J berdiri di depan aku. Dia tak senyum. Dia melangkah masuk, dan dia buka jaketnya. Kemudian, dia duduk di meja ruang makan.

Aku tanya, nak minum. Dia angguk. Minum apa? Aku melangkah ke peti sejuk. ABC katanya. AKu terhenti di depan peti sejuk. Are you kidding, aku cakap. Tak katanya. Tak, aku kata. Dia angguk.

Aku akui yang aku di dalam dilema. Kedai paling dekat yang jual ABC dalam sepuluh minit memandu dari sini. Jadi, aku berdiri saja di situ.

Well, katanya. What, aku kata. Mana ABC tu? Aku tak tahu kenapa, tapi aku capai kunci lalu aku keluar mencari ABC tu. 10 minit memandu, dan dalam kereta aku tak fikir apa-apa.

Sesampai aku di rumah, aku lihat Larissa J masih di situ, duduk, di kerusi meja makan. Aku masukkan ABC tu ke dalam mangkuk dan aku serahkannya pada dia. Dia makan perlahan-lahan, dan aku pula berdiri situ memandangnya.

Sampai habis.

Selepas habis, dia gamit pada aku. Duduk, dia tuding ke arah kerusi sebelahnya. Dia senyum, dan kemudian dia kata padaku, Pernah tak aku fikir tentang masa depanku. Aku kata tak. Jarang. Tapi di satu poin, aku kata, aku agak aku akan mati. Semua orang akan mati.

Tapi sebelum sampai poin itu, aku kata aku nak tidur dengan dia. Dia mengangguk, dan dia kata tak.

Aku takkan mati, aku tanya, atau aku takkan tidur dengan dia.

Semua orang akan mati, katanya. Jadi, apakata, aku cuba ingat dengan orang-orang yang aku tinggalkan. Dan aku kata, apa jadahnya, awak nak jual insurans ke? Ya, katanya. Ya. Mana boleh, aku kata. Aku dah bayar untuk tidur dengan dia. Ya, dia kata, tapi dia tak mahu tidur dengan aku, katanya.

This is ridiculous, aku kata. Ya, dia kata. Ini fiksyen Sufian Abas.

Posted in: Uncategorized