>Kuala Lumpur, Aku Okay (Buku)

Posted on Februari 8, 2011

14


>Salam

Tanggal 12 Februari 2011 ini, pihak penerbitan “Kuala Lumpur, Aku Okay (KLAOK)” akan mengadakan jualan pra-pelancaran buku yang diilhamkan daripada filem KLAOK, di Pekan Frinjan 17 Shah Alam (5.00pm-11.00pm). Untuk sesi pra-pelancaran ini, kami akan mencetak 50 Naskhah terhad KLAOK versi Print-On-Demand dengan harga minima RM20 (anda digalakkan menderma lebih, terima kasih). Naskhah terhad ini hanya akan dijual di Pekan Frinjan sahaja.

Tapi, jangan risau! Bagi mereka yang tak dapat hadir di majlis hip-cool-happening-gemilang-terbilang ini, kami harap, dalam 2 minggu berikutnya, Edisi Biasa KLAOK akan siap dicetak untuk dijual kepada umum. Anda boleh membelinya terus dari para penerbit KLAOK atau anda boleh membelinya secara maya.

Berikut adalah caranya untuk mereka yang ingin menempahnya secara maya:

1.Masukkan RM25 atau lebih (RM5 adalah bayaran pos) ke akaun berikut:
nama: irman b noor
no akaun : 162085468109 (maybank)

2. Lampirkan bukti pembayaran melalui emel (dvinecomedy di hotmail dot com)

3. Nyatakan alamat

4. Sebaik saja siap, kami akan menghantarnya secepat mungkin (Penghantaran dibuat tiap hari Selasa)

Terima kasih.

Razaisyam Rashid, Mohd Jayzuan, Fazleena Hishamuddin, Aidil Rusli, Sufian Abas

* * *

Untuk mereka yang memiliki facebook, sila ‘suka’ laman ini:

http://www.facebook.com/pages/Kuala-Lumpur-Aku-Okay/177491032287042?v=info

Maklumat tentang Pekan Frinjan Shah Alam, ada di sini:

http://www.facebook.com/event.php?eid=158304027551844

Untuk maklumat penerbit, sila ke laman ini:
Posted in: Uncategorized