PELANCARAN BUKU — Anarki di Kuala Lumpur oleh Mohd Jayzuan

Posted on Jun 3, 2011

0


Mohd Jayzuan akan mengeluarkan buku keduanya sebuah novella berjudul, ‘Anarki di Kuala Lumpur’. Ini kilasan cerita SYD JAMAL, punk rocker, wild man, frontman The Rats; kugiran garage punk yang semakin mahsyur, bergelumang dengan dadah, dan perempuan-perempuan liar, melanggar segala landasan moral, menerjah, meludah norma masyarakat, tapi sampai bila dia boleh teruskan?

Separa meditasi, separa raungan saikedelik, raw dan membakar, autentik dan tak berselindung. Inilah realiti sarkas hiburan yang takkan anda tonton di tv atau baca di akhbar.

Buku ini akan dilancarkan oleh Fynn Jamal

Buku ini adalah rilisan terbaru daripada Sang Freud Press.

Persembahan oleh Liyana Fizi, Altimet, Myo Oh Chentaku, Seyn, Riduan A.dullah, Que

MC: NIK ADAM AHMAD, AJK pakatan paradoks.

18 JUN 2011
1-2pm
Galeri Anexxe, Central Market

Poster

Advertisements
Posted in: Uncategorized